All News

STAF UPSB DI TISSA-UUM TERIMA DUIT RAYA

WhatsApp Image 2024 04 01 at 08.43.22

TISSA-UUM: Seramai 10 orang staf pembersihan UPSB yang bertugas di bangunan TISSA-UUM telah menerima sumbangan duit raya dari pihak Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM).

Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Ram Al-Jafri Saad berkata, semua staf UPSB yang bertugas di bangunan TISSA-UUM menerima sumbangan duit raya pada kali ini. Program sumbangan duit raya ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan TISSA-UUM (TISSAC) di mana dana sumbangan adalah hasil daripada kutipan derma ikhlas daripada staf TISSA-UUM.

Menurut beliau lagi, sumbangan ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih pihak TISSA-UUM kepada staf tersebut yang selama ini berkerja keras demi menjamin kebersihan dan keselesaan warga kerja di bangunan TISSA-UUM.

“Program ini selaras dengan hasrat TISSA-UUM untuk berkongsi rezeki dan keceriaan bersama pekerja pembersihan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. InsyaAllah, program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang”, ujarnya.