All News

Siri Webinar Anjuran TISSAC: Asas Ilmu Faraid: Celikkah Kita

faraid

Biro Latihan dan Pendidikan Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSAC) telah berjaya menganjurkan Siri Webinar bertajuk Asas Ilmu Faraid: Celikkah Kita.

 Siri perkongsian asas ilmu faraid ini disampaikan oleh Dr. Ahmad Khilmy Abd Rahim, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia, bertujuan memberi gambaran sebenar berkaitan ilmu faraid secara asas, sebagai bekalan ilmu dan persediaan kepada masyarakat, khususnya umat Islam dalam menyelesaikan isu pembahagian harta.

Sesi perkongsian tersebut yang dijalankan pada 12 Oktober 2022 bukan sahaja tertumpu dalam kalangan warga TISSA, tetapi juga warga kerja UUM secara keseluruhan. Ini dibuktikan dengan sambutan yang menggalakkan daripada staf-staf UUM sama ada staf pentadbiran dan juga akademik dari pusat pentadbiran dan juga pusat pengajian lain.

Intipati yang disampaikan oleh penceramah adalah mengenai konsep faraid, ilmu pembahagian harta pusaka (pewarisan) atau ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati

Di akhir perkongsian, beberapa soalan telah dilontarkan oleh peserta dalam usaha untuk merungkai persoalan berkaitan faraid.

Oleh: Ku Maisurah Ku Bahador