All News

Bengkel dan Perundingan Perakaunan Komprehensif untuk Pemilik-urus Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS)

ssm

Pada 27-29/09/22 (Selasa- Khamis) sekumpulan pensyarah dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) telah mengendalikan Bengkel dan Perundingan Perakaunan Komprehensif untuk Pemilik-urus Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) secara atas talian. Bengkel ini adalah anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dihadkan kepada 20 orang peserta sahaja. Penceramah dan fasilitator yang terlibat dengan bengkel ini adalah Prof. Madya Dr. Natrah Saad, Prof Madya Dr Haslinda Hassan, Dr. Muhammad Rosni Amir Hussin, Dr. Adura Ahmad dan Pn. Masanita Mat Noh. Modul bengkel ini telah dibangunkan dan disusun dengan teliti meliputi enam (6) modul terdiri daripada asas perakaunan, pengkosan produk dan perkhidmatan, perekodan urusniaga, penyediaan penyata kewangan, penggunaan penyata kewangan, analisis kos volum dan untung, cukai dan zakat perniagaan serta di akhiri dengan asas MS Excel dan jadual PIVOT. Bengkel dan perundingan ini telah mendapat penyertaan penuh dari pemilik urus PMKS termasuk akauntan dan setiausaha syarikat. Semua peserta telah memberikan komitmen serta menglibatkan diri secara aktif sepanjang 3 hari bengkel dan perundingan dijalankan. Para peserta juga telah memberikan maklumbalas yang baik kepada bengkel dan perundingan ini dan berharap ia akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Semoga bengkel dan perundingan ini dapat memberikan manfaah yang sepatutnya dan mencapai objektif pengajurannya. Terima kasih kepada pihak SSM dan semua peserta atas peluang yang diberikan.