All News

BADMINTON JALIN UKHWAH ANTARA UNIT DI TISSA-UUM

TISSA Badminton

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) menganjurkan pertandingan antara unit “Badminton Tournament TISSA-UUM” untuk mengeratkan silaturahim antara semua staf pusat pengajian berkenaan.

Unit Audit dinobatkan sebagai johan pertandingan berkenaan yang diadakan pada pada 14 Julai 2022 (Khamis) dengan penglibatan staf seramai 60 orang di Pusat Sukan, UUM.

Naib johan dimenangi secara bersama di antara Unit Cukai, Unit Pentadbiran dan Unit Pengurusan Kewangan manakala hadiah saguhati diberikan kepada Unit Perakaunan Pengurusan dan Pengurusan Kewangan.

Juara bagi pasukan sorak terbaik pula dimenangi Unit Cukai.

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf, Dekan TISSA-UUM.

“Program seperti ini diadakan setiap tahun kerana sangat bermanfaat kepada semua staf TISSA-UUM dalam mengeratkan hubungan antara staf TISSA-UUM selain mengurangkan tekanan urusan kerja di pejabat,” kata Prof Dr Nor Aziah.

Perlaksanaan program ini dirancang selaras dengan hasrat UUM khususnya yang menekankan gaya hidup sihat dan kebersamaan di kalangan staf. Program ini melibatkan semua unit di TISSA-UUM iaitu Pentadbiran, Pengurusan Kewangan, Perakaunan Pengurusan, Audit, Sistem Maklumat dan Cukai.