All News

PEGAWAI BANK NEGARA KONGSI PENGALAMAN DUNIA PERBANKAN

fa

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) dengan kerjasama Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program Journey In Bank Negara Malaysia: A Sharing Session’ di DKG 1/2, baru-baru ini.

Dua pegawai dari Bank Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah iaitu Ketua Pejabat, Hasjun Hashim dan Pengurus Pejabat, Abdul Hamid Akbar Ali.

Dalam sesi perkongsian itu, pelajar didedahkan dengan pengalaman pekerjaan di sektor perbankan, kes-kes yang melibatkan jenayah kewangan dan juga tip pencegahan yang dikongsi bagi mengelakkan penipuan kewangan yang semakin berleluasa.

Selain menjayakan program ini, penceramah juga turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf di pejabatnya.